Want your
own Fotopage?













 
mohdpadzli's FotoPage

By: khalisa and aasim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-May-2008 12:19 Email | Share | | Bookmark
Majlis Aqiqah di Lampeter

kak bib n baby baru
 
siap ada bunga telur
ni praktis utk anak ke tiga ni
gossip swansea-lampeter.. hehehhe gurau jer
12 April, kami ke Lampeter atas jemputan Ustaz Halim yang mengadakan aqiqah untuk anak lelakinya yg baru lahir. Di Lampeter ada 2 orang ahli baru sekarang ni. satu lelaki Ahmad Redha. Satu lagi perempuan Nur Zarifa (sori kalau silap ejaan ). Dua-dua comelllllllll..



Majlis di mulai dgn bacaan berzanji dan bacaan selawat.



Tapi yg menarik perhatian tentulah si kecil-kecil ini. Bila org dewasa buat bulatan berzanji, diaorg pun buat bulatan jugak duduk atas carpet. Bila org bangkit baca selawat, mereka pun bangkit siap buat barisan! . Comelkan? Entah kenapa lisa tak join the group pulak masa tu.



Lagi wajah-wajah kecil di Lampeter. Ada yang bermasam muka (Alia), ada yg melompat (Lisa) ada yg mengangkat kayu-kayan, ada yg memanjat (Mardihah), ada yg tgh blur mencari abang-abangnya yg hilang (Yasmin) dan ada yg berposing2 (Nurul dan liyana dan aasim).



Terima Kasihlah Ustaz Halim dan seluruh warga Malaysia di Lampeter kerana sudi menjemput kami. Masakan rendang kambing dan nasi arab tu amatlah sedap. Mujur tak boleh lama. kalau tidak mau jer menambah 3-4 kali.

tudia sipa berbunga teloq..depa buat sendiri ka?? syokla tgk community hampa di sana...akrab betoi kan Sat 10-May-2008 04:54
Posted by:Olie - Mama Akif, Hadif & Nadya  - [Link]
selamat hari ibu yan.....sukanyer aku tengok kanak2 iteww memakai tudung..comei sangat Sun 11-May-2008 09:02
Posted by:falindah  - [Link]
Add comment


Saturday, 3-May-2008 02:46 Email | Share | | Bookmark
Lisa and School

Sebelum cuti easter yg lepas, sekolah lisa mengadakan konsert easter. hehehe punya laa lama kan baru sekarang nak upload gambar.

Jadi kelas lisa pun buat persembahan. kelakar pulak tgk lisa kecik2 dah naik pentas siap dgn baju dan hat atas kepala. Mereka nyanyi lagu yg ada kait mengait dgn easter laa. lagu 'mr bunny'. Lisa kat umah selalu laa jugak praktis.

So masa tiba di sampai sekolah lisa tgk mak ayah dia ada.. org ramai .. muka dia mcm blur gitu. dia pun naik pentas duk kat tgh2. ( dah dia paling kecik skali). lepas tu. start laa cikgu main piano.. diaorg pun nyanyi KECUALI KHALISA . lawak laa lisa. muka dia mmg mcm takde perasaan langsung masa tu. dalam hati 'kenapa laa anak aku jadi camni ni..'

TIBA-TIBA sampai part chorus lisa NYANYI siap dgn tangan kaki segala angkat.. . ada laa 3-4 line. gamaknya tu jer laa kot part yg dia hafal . OK laa tuh kan.. membanggakan jugak laa kan.. lisa blh laa jugak nyanyi. ada kawan dia tuh siap menangis tersedu sedan atas pentas.. malu ker.. takut ker tak tau errr.. kelako laa budak2 ni.

Quote:
ini laa lebih kurang line yg lisa nyanyi.
Mr. Bunny, Mr. Bunny,
Won't you stop, stop, stop?
"No,"said Mr. Bunny,
I must hop, hop, hop.
sebutan lisa tak laa 100% betul pun




Sekolah kat sini macam2. Seminggu sebelum tu ada Consultation Session. semua parents kena jumpa cikgu la personally. bincang pasal hal anak. ala-ala hari terbuka. Ha ko amik budak 3 thn pun ada hari terbuka kat sini ok. Dlm 10 minit jugak cikgu jumpa. Cikgu dia kata lisa nie walaupun baru 3 bln tapi, perkembangan dia kat sekolah dah sama mcm budak2 yg masuk lebih awal dari dia. kata cikgu dia She always smile..always happy... always do things properly... (yer laa kan lisa nie kira mcm cerewet gak.. kalau buat kerja nak kena teratur. kalau kertas bentang betul2 tegakk.. baru nak tulis.. Bayangkanlah kat rumah, time nak tidur.. bila dia letak bantal, selimut dia tu.... kena tegakkkk.. tak mau laa senget benget..terlipat-lipat. selalu dia suruh 'betulkan betulkan dulu' baru dia baring. .TAPI. ada time nya jugak laa. time dia nk menyepah pun ada jugak. ikut mood ). .Kira semua comment positive. alhamdulillah..

Dan yang ni pula cerita pasal Sacks. Setiap hari Jumaat lisa akan bawa balik satu uncang dari sekolah. Kadang2 tuh tgk dah mcm musang berjanggut pulak anak aku bawak uncang.. . Kira2nya cikgu nak, mak ayah pun sama2 belajar apa yg anak2 dia belajar kat rumah. Ada story book, ada rhymes. memacam laa. bagus kan?? Kita kena laa praktis ngan anak kita..tanya dia cikgu buat macamana? then dia pun cerita laa mcmn cara cikgu dia ajar sacks tuh kat sekolah. kena buat hujung minggu sebab isnin nanti cikgu dia tanya lisa.. nk tgk ada improvement ke tak. TAPI kadang2 mak dia ni pemalas jugak..

Inilah antara sacks yg di bawak balik.


next entry: majlis aqiqah di Lampeter.

bravo Lisa.....bestnyaaaaaaaaa....suka la part2 budak2 perform nih..cuteee syokla sekolah di sana.. Mon 5-May-2008 06:03
Posted by:Olie - Mama Akif, Hadif & Nadya  - [Link]
bestnya..mesti dah berkoyan-koyan sacks yg dia bawak balik.. heheheh teringat lak citer ali baba : hoi hoi ya hoi, sama-sama gembira,,hoi hoi ya pulang bawak harta!! negh ngeh ngeh... nest la lisa nih..mcm perfectionist pun ade..khaleeda...asal je nama kertas, tak yah tunggu tegak, semua nya dia tarbi jek...
papepun semoga yan sekeluarga sihat dan dilindungiNya selalu.. kiss to lisa dan 'aasim...

yan, aasim dah berckp ke lom?
Mon 5-May-2008 06:10
Posted by:cak  - [Link]
salam sayang dari ayu...(huhu sekarang ni agak busy kat shah alam so lamer tak access internet)..ok take care Thu 8-May-2008 02:40
Posted by:ayu
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 16-Apr-2008 23:02 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti England-Hari Ke-4: Bersalji sakan di Norwich

 
 
sara dan lisa
View all 18 photos...
Ok laa ni laa last final entry cuti2 kami. Sebelum balik ke wales kami duduk rumah Isyraq satu malam. esoknya bgn pagi tgk bumi norwich nie putih seputih2nya.... tebal saljinya. tak la kami kempunan tgk salji tahun pertama berada di UK. hehehhe.

Apalagi dgn tak mandi lagi.. terus jer main salji. ajak budak2 buat snowman konon2nya. tapi seperti biasa mak2 dan bapak2 budak yg lebih2.

tghr kami ke bandar Norwich. Mmg besar bandarnya. Kalahlaa swansea. Sampai jer di bandar tu. anak2 kami semua tidurrr kepenatan. Tapi kerana tak tau bila lagi laa blh sampai norwich, kami dukung jer budak2 tu dlm salji2. dok jalan sekeliling bandar.

Credit to Isyraq n ratna yg bz melayan kami dari malam sampai ke pagi. Menyiapkan bekal utk kami. Pagi2 buta dah bgn buat mee hoon goreng dan sandwich utk kami. Thanks.



ps:bnyak lagi gambar2 kat norwich tapi server buat hal. hilang mood. so inilah jer. sori.

yan..ya allah jeles seh aku tengok ekoni asyek main salji jer...mudah-mudahan tahunni salji turun kat tempat aku..australia memang tak pernah turun salji..cuma sejuk jer... Sun 27-Apr-2008 10:11
Posted by:falindah  - [Link]
salam..Lisa & adiknya..kurang lebih jarak usia seperti my Arissa & adiknya Aydin..1yr 9 bulan..Wales dah nampak keceriaan Daffodils sejak bulan March erk? Kami di bumi Hull nie...April pon snow lagiii..2-3 hari nie jer baru nampak mungerrrrrrrrrr Mon 28-Apr-2008 23:58
Posted by:Arissa,Aydin & Mummy  - [Link]
what a fantastic view... and so many cute kids! Fri 2-May-2008 19:00
Posted by:maszz masz@tm.com.my  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Friday, 11-Apr-2008 11:24 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti England-Hari Ke-3: Jalan-jalan di Kota London Lagi

travel lodge
jakun pegang snowflakes.
snowflakes atas kepala adik
View all 42 photos...
Sambung balik cerita cuti2 kami.

23 mac, bangun subuh kami tgk kat luar tingkap snow.. dalam hati gembira ada... tak gembira pun ada. Gembira sbb ye lah first time nampak salji depan mata kan.. kira jakun laa jugak. Tak gembira sbb takut tak boleh menyambung plan kami utk naik cruise. Lepas mandi, sarapan, kemas barang2 utk check-out, kami pun turun laa merasa salji. Hehehhehe maklumlaa dah 30 thn baru ni jumpa salji. Tak ke excited kan?? Tapi tak tebal pon. tak lama lepas tuu dlm 2-3 jam. salji berhenti. kami cepat2 ler keluar berjalan. Destinasi seterusnya Buckingham palace. Cuaca sejuk jgn cakap lah. freezing. orang ramai kat situ tunggu askar istana tuu tukar shift. tapi kami tak tunggu la sbb tak tahan sejuk.

kemudian kami ker Westminster Abbey. Saje jer jln2 amik2 gambar kat area2 tuh. Sekejap jer. Ini kira Church yg menempatkan kubur king and queen yg dulu2. Takde la kami excited sgt kat sini. Masa kat sini sempat masuk gift shop yg tentu2nya mahal. kami mmg takde soping2 pon kat london ni okey. Mmg tak masuk dlm list pun nak soping2 nie. Cuma blikan aasim hat yg ada tulis 'London' kat gift shop tu. dah laa mahal 5pound. Boleh pulak TERTINGGAL dlm bas!!. betul2 ralat laa.. geram betul.!!

Kemudian kami gie laa naik cruise. bukan apa.. dah tiket bus tour yg kami beli tu included cruise. so kena laa naik jugak kan? kalau tak rugissss...Cruise tuh jalan laa sepanjang sg thames. amik masa sejam jugak laa pergi balik. Ada laa tourist guide yg dok cerita pasal bgnn2 itu dan ini. masa odw pegi tuh excited laa amik gambar. Dgr apa tourist guide tu ckp. odw balik.. kami boring dah. ngantuk pun yer.. lapar jgn cerita laa bermuzik perut kami. heheheh. Jadi HARUSlah balik ke travelodge ambil kereta. solat2. makan dan kemudian bertolak ker Norwich. Kat Norwich ni nak melawat anak sedara Padzli, Isyraq sekeluarga yang baru sampai bulan 12 tahun lepas. Isteri dia sambung bljr kat Uni. East Anglia.

Dalam perjalanan ker Norwich. Salji turun lagi. kali ni tebal sikit. Kami biasa laa jakunnya tak abis lagi. Siap boleh berenti kat satu tempat ni nama dia Lakenheath. Gambar2. masa tuh dah nak maghrib pulak tuh. ntah sapa punya ladang ntah lami main redah jer. Mentang2lah kat swansea takde snow tahun nie kan. lawak betul lah

Sampai Norwich dah malam. Makan sedapppp. Isyraq masak. ingatkan penat nak tidor la kan? tapi bila dah berjumpa masing2 berborak sampai pukul 1 pagi!!

Next Entry- Tak ku sangka kat Norwich, salji lagi teballl... bermulalah aktiviti EXTRA-jakun kami.. hehehhe tungguuuuu..




errr..Isyraq tu schoolmate kita tu ke???? Tue 22-Apr-2008 00:40
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
re:
elly, leezsa, mira- alah msia lagi besttt.. seriuss. tp mana tau kot2 satu ari nanti korang sampai sini. bgtau kami ok.
mira-yer isyraq tuu laa.. schoolmate awak dulu2.
Wed 23-Apr-2008 00:26
Posted by:yan
Yann.. seronok tak g london?.. nampaknya tpt yg yan pegi.. sama laa tpt yg tie pun dh pegi... penat kan g jalan2 london..turun naik bas.. jalan kaki..dll.. sampai x terdaya...hehehe... .. ntah bila laa sampai lagi.. rasa cam dh x larat nk g lagi.. g tpt lain plk laaa..ok yan.. c u .. Sat 10-May-2008 09:51
Posted by:tie tn.chik@sheffield.ac.uk  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Monday, 7-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Al-Fatihah

Quote:
Pagi Isnin ini kami di kejutkan dengan berita sedih. Kehilangan seorang rakan pada 5 April dalam usia 28 tahun amat mengejutkan kami. Allahyarham Mohd Firwance bukanlah asing dengan kami. Isteri arwah,Erna satu jabatan dengan Yan. Anak-anak arwah, Furqan dan Farhan memang selalu kami jumpa. Allah lebih menyayangi beliau. Semoga Allah menempatkan Allahyarham di dalam syurga. Amin. Semoga Erna tabah menghadapi semua dugaan. Jaga diri dan kesihatan baik-baik. Jaga anak-anak baik-baik.

Dua minggu lepas juga kami dapat berita Pak Wadud- Ayah sedara Padli meninggal dunia. Semoga Rohnya di tempatkan di Syurga-Mu. Amin. Al-FATIHAH


Berita Harian Metro

Masa dapat berita tu dari Lin (dundee) yan tengah bersiap pergi kampus. dapat berita terus cepat2 call Wana. Wana pun tak dpt jumpa arwah dan keluarga sbb dah di terbangkan ke Mukah Sarawak. Yan terus sms erna. erna reply bagi no kat sarawak rumah MIL dia. Terus call. Erna masih sedih. Kami sama2 menangis. Tapi yan kagum dgn Erna yg kuat semangat. Dia cakap "kak Yan aku redha dengan pemergian dia, dia baik sgttt". Tak tahan menahan sebak waktu dia ckp macamtu . Terus tanya kabar 2F. Erna kata budak2 ada juga tanyakan arwah. tapi erna jawab "Papa sleep". Erna mmg kuat semangat kan. Kami sentiasa doakan arwah. Teringat pulak masa kami berphotoshoot dgn KC tahun lepas Teringat kami selalu berselisih kereta waktu pergi dan balik dari kerja. Arwah kalau nampak kami, mesti angkat tangan.Kadang-kadang kami duduk makan semeja di cafe fakulti. Teringat masa arwah datang beraya rumah kami tahun lepas. Ya-allah arwah mmg baik sgt senyum selalu. Satu yang Yan ingat sangat arwah sangat pandai matematik. Sampai ada sekali tu Yan tak dapat nak selesaikan satu problem matematik ni. Yan tanya erna. Erna siap call tanya Arwah. Arwah kemudian datang office ajarkan cara nak selesaikan. Arwah mmg bercita2 mengajar matematik. Tuhan sahaja yang balas segala jasa baik dia. Lepas dpt berita nie terus tak jadi pergi kampus. Teringat-ingat dgn 2F. Arwah mmg sayang betul dgn 2F. Semoga 2F bijak mcm papanya. Semoga Arwah di cucuri rahmat-Nya.

Dengan itu Fp ni akan bercuti sementara. Mungkin next week baru ada sambungan citer2 kat london. okey. Wassalam.

Assalamualaikum smua....
Hrp cht yer? Sdih gak baca news kwn akak mninggal tuh. Aasim camne skg? windu sgt2 kat dia n lisa. Bgus bnar dh napaknyer improvment lisa skg erk? Alhamdulillah... Sya ok je. InsyaAallah hjung tahun nih naik plamin lak... Ok r, smoga d lindungi olehNya smua.
Mon 14-Apr-2008 05:35
Posted by:cikgu nor(tganu) nurriey82_smile@yahoo.com
Assalamualaikum smua....
Hrp cht yer? Sdih gak baca news kwn akak mninggal tuh. Aasim camne skg? windu sgt2 kat dia n lisa. Bgus bnar dh napaknyer improvment lisa skg erk? Alhamdulillah... Sya ok je. InsyaAallah hjung tahun nih naik plamin lak... Ok r, smoga d lindungi olehNya smua.
Mon 14-Apr-2008 05:35
Posted by:cikgu nor(tganu) nurriey82_smile@yahoo.com
Assalamualaikum smua....
Hrp cht yer? Sdih gak baca news kwn akak mninggal tuh. Aasim camne skg? windu sgt2 kat dia n lisa. Bgus bnar dh napaknyer improvment lisa skg erk? Alhamdulillah... Sya ok je. InsyaAallah hjung tahun nih naik plamin lak... Ok r, smoga d lindungi olehNya smua.
Mon 14-Apr-2008 05:35
Posted by:cikgu nor(tganu) nurriey82_smile@yahoo.com
View all 10 comments Add comment


Thursday, 3-Apr-2008 22:23 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti England-Hari Ke-2: Jalan-jalan di Kota London

Turun-Naik bas
Dari satu station tube ke station tube yg lain
Dari kiri kanan jalan menerusi signboard
View all 24 photos...
Hari kedua kami berjalan2 di kawasan embankment pier(big ben-tower bridge-london eye). naik tour bus+city cruise £15/person (24-hr). Cuaca tak berapa bagus. sejuk. angin kuat dengan hujan lagi. Tak larat nak jalan kaki sambil membawa cinonet2. kami duduk je atas bus sambil tgk2 pemandangan kota london yg sesak dgn org! Phew!.. nasib baik laa kami duduk kat Kampung Swansea. aman je.







sbb tak berapa faham lagi dgn route bus. kami kena berulang-alik jalan kaki kesana kemari. menyebabkan letih dan hilang mood. so kami decided balik ke travelodge.

next entry: Hari Ke-3, first time kami dpt tgk snow.!! kemudian kami sambung jalan2 kat kota london. Tungguuuu..

hai makcik bestnya tgk gambar2 baru selalunya akak tgk jambatan tu dlm cite org putih aja tp xjelas nampaknya lah ni puas tgk mcm tu rupa sebenarnya.yan tugu yg bentuk burung tu mcm kat langkawi aja.tentu best eyes on london tu kan tp tak kecik hati pun sebab dah naik eye on malaysia.yan klu hantar budak2 tu jadi babysiter kau akak takut yan yg kena jadi babysiter dia org bkn boleh harap sgt budak2 ni Fri 4-Apr-2008 14:21
Posted by:anahzi anahzilutazan@yahoo.com
yan gaya lisa dah mcm danish.. asik tunjuk peace aje.. Takziah utk kwn ko yg kat fak. kej. tu.. siannya dia.. Sun 6-Apr-2008 10:35
Posted by:suria  - [Link]
cutenye.... gorgeous kids.. and luv the scrap... just so nice... Fri 11-Apr-2008 03:46
Posted by:azzatie wawa_syg@yahoo.com.my  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 30-Mar-2008 22:14 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti England-Hari kedua - Jalan-jalan di Kota London

Gambar???
tungguuuuuuu...

Quote:
re: olie
alah budak2 tuh kalau bawak gie bulan sekali pun bukan depa ingattt. Mak bapak diaorg yg lebih sebenornya. .. sat lagi bila dia dah besar diaorg claim 'makkk kita tak pernah cuti kat london' ..
what??? nak cuti gi london dari msia?? suka2? NO WAY... nie la kebetulan mak ada kat negara org. gie laa jugak jejakkan kaki. kalau tak idok lerrr..(kata org perak) hehhehe. Wahai anak2. gambar2 nie lah jadi saksi kome seme dah pernah gie london okeY!

syoknya bebudak ni kecik2 dh rata cerok depa pi.. ..amboih aunty olie lani jalan pun x lebih 1000 steps apa sehari... Thu 3-Apr-2008 03:26
Posted by:Olie - Mama Akif, Hadif & Nadya  - [Link]
wah tak sabar ngan gambo2 entryni...cepattttttttttt Thu 3-Apr-2008 03:48
Posted by:lindahpadlee  - [Link]
ok le tuuuuu Tue 29-Apr-2008 03:50
Posted by:musang berjanggut khalidaziz41@yahoo.com.my
Add comment


Saturday, 29-Mar-2008 21:21 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti England-Hari Pertama

Kereta yg padat dgn penumpang dan barang
budak comot baru lepas mkn
papan tanda
View all 23 photos...
21-24 march lalu kami sekeluarga sempat bercuti ke london. Kebetulan di sini cuti Easter yang agak panjang. Bertemankan keluarga Ramli kami bertolak dari Swansea jam 10pagi 21/3. Berbagai cabaran di lalui semasa bercuti ini. Semuanya akan menjadi kenangan terindah. Antara cabaran-cabarannya.

1. bergambar dan berjalan dalam hujan batu. sakit muka bah!
2. Meredah cuaca yg sejukkk (5-9 darjah celcius). Siap dengan angin kuattt sangat. Macam nak terbang rasa.
3. berjalan kaki jauhhhh sambil masing-masing mendukung anak.
4. meredah salji yang lebat. heheheh yg nie kami suka.
5. naik turun bus-tube-bus. letih.
6. Sofea dan aasim mengamuk kepenatan. . Kesiann.

Dari Swansea kami singgah ke satu tempat yang sememangnya tiada dlm senarai. Khalisa tiba-tiba MUNTAH. mabuk. Kami terpaksa berhenti. tanpa di sangka tempat yg di singgah tu antara tempat peranginan juga. cantik juga di situ. sempat laa ambil gambar. Org tak ramai kat sana. berehat sebentar. tukar baju Khalisa. Makan-makan dalam kereta dan terus menyambung perjalanan kami.



Destinasi yg tidak termasuk dalam senarai . Cuaca baik sangatmasa ni.
Terusan ini menyambungkan sg Kennet, Newbury dan sg Avon, Bath.


Seterusnya kami menuju ke Stonehenge, Bath.

Sampai2 aja di sini HUJAN BATU turun dengan lebat! dah laa takde tempat menyelamatkan diri. kami redah aja. Bergambar dlm hujan2 batu tuh, Angin dah laa kuat tgk laa tudung kami semua sengit bengit. Tapi sat aja. lepas 2-3 minit langit cerah balik,.. lepas 2-3 minit. hujan lagi.. sabar aje la .

wah iyan..eko dah start jalan2 ke kota london nyer..jelesnyer aku!...aik bila nak pi london ek?... Thu 3-Apr-2008 03:47
Posted by:lindahpadlee  - [Link]
ieta- ala nanti samapi ler tu doa bnyk2
lindah- lepas bersalin meh dtg sini.
petom- suatu hari nanti.. tungguuu... jgn ko balik senyap2 pulak!!
Pit- amik laa sebanyak mana pun gambar2 tuh... jgn lupa masukkan duit dlm akaun lepas tuh.. gurau
org nitar- Mudah2an Aminnnnnn. kalau nak suh diorg cepat jejakkan kaki kat sini blh jer.. meh ler jd baby sitter kami sebulan dua. tak pun setahun dua.. heheheheh
Thu 3-Apr-2008 15:42
Posted by:Yan  - [Link]
teringinnnnnn sangat nak pi tmpt ni! Fri 4-Apr-2008 03:05
Posted by:kc  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 17-Mar-2008 10:22 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan di Singleton Park

Hujung minggu. cuaca baik. Masa untuk bawak budak2 keluar. Singleton Park ni 5 minit dari rumah.

Bunga nie nama dia daffodils. mana2 saja pergi sekarang ni mesti ada bunga ni.


Dekat park nie ada banyak burung dan angsa. lupa pulak nak bawak roti nak bagi angsa ni makan. next time lah.


p/s:-kami anak beranak demam dek perubahan cuaca kat sini Dgr cite kat Msia pun tengah musim demam .

kalau berani hantar gambar bah dengan kami .... kami kurang gambar heheheheh Tue 25-Mar-2008 20:33
Posted by:Sofeabatrisyia ramlid@hotmail.com  - [Link]
kalo kat sana mmg cantik2 bunga dia kan sesuai sgt amik gambar
k.yan, skrg dah pakai 'toys' baru ka...?? sgt terang & jelas gambar2 nih semua
Wed 26-Mar-2008 01:08
Posted by:ibu aqil & aqeera :ida aqilaqeera@gmail.com  - [Link]
Re:
ieta- ieta jom dtg sini. piplayground sini plak
erna- aaaa nanti aku frozen/keringkan ek bunga tuh aaaahahh
pit- sabar bah!
ida-cantikk tapi sejukkkkk.. tak tahan..
nik- semoga selamatttt.. take care
Kc- mmg seronok time nie. hati pun berbunga2. eeeehe
Sat 29-Mar-2008 22:21
Posted by:yan  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Tuesday, 4-Mar-2008 14:37 Email | Share | | Bookmark
Cerita Khalisa dan Aasim

Perkembangan Khalisa

1. Mengaji dah sampai Iqra'2 Mukasurat 15. Tapi panjang pendek bacaan belum betul. tak cadang nak naikkan Iqra'3 dlm masa terdekat nie. Kena ulang balik iqra' 2. Masa memula ajar dia ngaji, susah sgt!!. baru 2-3 perkataan, mata dia mula laa melilau sana melilau sini. Mak dia standby aje rotan(hanger) kat tangan. Mana taknya baru sat ngaji dia cakap. "mak..kaki lisa nie mcm sakit jer", "mak..kepala lisa nie pening laa", "tak nampak huruf tu" eee geram tauu. tgk Channel Ceebeebies tuh berjam2 takde pun dgr dia mengeluh!
2. Dah boleh hafal surah Al-fatihah.
3. Dah pandai speaking sket2. antaranya "what's the matter", " what's that?", "oh no!", "are you alright? oh i'm so sorry adik" (bila adik dia nangis kena buat dgn dia) . Blh jawab dlm english kalau kita tanya dia dlm english. tp kat rumah kami takde nak speaking2. Lidah melayu gitu. heheheh
4. blh harap dah. suh kemas, susun baju dlm almari.
5. Dah tahu sket perkataan dalam bahasa Welsh. hari tu nampak bunga dia kata "mak, flower tuh %&*#@ (mak dia tak tau nak sebut camne sbb mak dia tak bljr bhsa welsh)...
6. suka buat kerja2 melukis, mewarna. kalau pergi shopping asyik laa mintak bli crayon, watercolor etc. sabar jer lah.

Perkembangan 'Aasim.

1. Dah boleh cakap sikit2. Mak, ayah, tatak(kakak), nana(banana), nak cik (nak nasi), tuh (jatuh), nanak (tak nak), doh(dog),
2. Makan.. kusss semangat.. licin sesaja.
3. masih BF. so susu botol nie kurang sikit laa.. sbb tuh badan cikeding.
4. kalau mengamuk suka menghempas2 badan.. jerit2.
5. kalau bergaduh dgn kakak dia, Dah pandai balas balik. Siappp laaa Lisa oii..!!
6. time kita solat dia pun nak solat. mulut kumat kamit. kepala pandang sejadah. then terus sujud. hehhe. lawak jer tgk.
7. kalau pergi mana2, mat2 saleh kat sini suka ngurat dia. sbb muka aasim kalau kat luar seriuuuusssss sgt.. org tegur bagai nak rak!.. dia maintain serius jer.. tu yg org geram tuh. TAPI kalau yg tegur dia tu org tua.. nak pulak dia senyum.
8. suka tgk aasim tendang bola. sambil2 dia berlari/berjalan, kalau dia tendang tu kaki dia cantik jer. terus kena bola tu. tak mcm khalisa. walau bola tu statik. dia tendang mesti nampak kekok. mcm org kidal. mmg dasar anak lelaki kan....


Quote:
Iqra', tudung dan kupiah tu semua bawak dari M'sia.

yan ajar sen diri eh...eii ni yg try ajar adam iqra nih. Tp tengok dia kalu bab belajar mmg sat sajala............pas tu main2 lebih haiyo. cayala lisa, pandai dah dia...adam takat baca doa mkn bleh la hehe...

p/s cantik2 la pix..
Tue 18-Mar-2008 08:25
Posted by:leezsa leezsa@yahoo.com  - [Link]
re:
leezsa. yer yan ajar sendiri leezsa.. sama jer lisa pun suka main2. kena marah aja lah dia. sampai dia kata 'mak ni jgn lah marah lisa.. lisa tak nakal pun'
tak nakal???? ee sabor jer laa.
Wed 19-Mar-2008 10:38
Posted by:Yan  - [Link]
bestnye baca pkembangan lisa ngn a'asim kat sana.. makin bijak la la lisa ni. furqan baru nak masuk krista april ni. Insya Allah.. mudah2an cepat la bkembang minda dia kat sekolah tu. Fri 21-Mar-2008 05:54
Posted by:mama Furqan&Farhan  - [Link]
View all 14 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.