mohdpadzli's FotoPage

By: khalisa and aasim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Sep-2009 11:09 Email | Share | Bookmark
Salam Syawal Min-al-aidil-wal-faizin



Tiba sudah 10 mlm terakhir Ramadhan. Rasa cepat sungguh walaupun berpuasa dlm tempoh yg agak panjang berbanding org2 kat Malaysia. Memang tak terasa sbb kat sini cuaca tak lah terik, kurang rasa dahaga. Puasa kat sini terus terang boleh di katakan lebih fokus dgn ibadah puasa, terawih dan tadarus. Bahang raya pun tak terasa. Kurang sikit dugaan membeli belah hehehe. Kat sini takde org sibuk2 nk cari baju raya, bunga api, kuih raya, langsir raya..dan segala2 pasal raya termasuk duit raya. . Lain bumi yg di pijak.. lain lah langit yg dijunjung. Alhamdulillah dpt merasa kelainan Ramadhan di negeri orang.

Tapi raya tetaplah di sambut. Sekadar apa yg ada. Syukur Alhamdulillah. . Tahun ini kali ke-3 kami beraya di perantauan. Mmg dah rindu nk beraya bersama keluarga, sanak saudara, sahabat handai kat Johor dan Perak. Rindu mkn ketupat dan sambal goreng, lemang dan rendang kicap. .Insya-allah panjang umur boleh ler merasa raya kat msia lagi.

Di bulan yg mulia ni kami sekeluarga mohon maaf atas segala salah dan silap. Selamat Menyambut Aidilfitri. Makan ketupat lemang tu kenang2kan lah kami di sini . Kalau balik kampung hati2 di jalanraya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net