Jawapan: Hari Al-Aqsa Sedunia.Tarikh yg sama dengan sambutan Israk & Mikraj (27 Rejab). ( Ooopssss.. bukan nak ckp pasal tarikh kawin Siti Nurhaliza okey...)
Alhamdulillah tghr tadi sempat dgr ceramah agama anjuran fakulti (tahniah warga fakulti yang tlh mengajurkan program2 agama macam nie hampir setiap bulan. Great Job!). ceramah bertajuk Persaudaraan Islam. Penceramah Dr Zainur Rashid ( sekretariat Aman Palestin). Dlm ceramah tuu banyak isu ukhwah islamiah di bangkitkan. dan ada klip2 video penderitaan umat islam di Palestin di pertontonkan. Sedih. nak nangis tgk anak2 palestin yg kehilangan Ayah & mak, takde makanan dan pakaian. mmg nak nangis jer dlm dewan tadi. tp control jer.. sbb takut kalau nangis karang sampai teresak2 laa pulak.
Di jangkakan pihak Israel akan buat satu serangan besar ke atas al-aqsa pada 21 ogos nie. sbb tuu laa semua org islam kena berdoa agar qiblat pertama umat islam tersebut tidak kecundang. Banyak lagi info yg berkaitan. tp yan bukan lah org yg arif dlm hal nie banyak lagi tokoh2 ilmuan yg layak utk mengupas persoalan nie. (www.palestinkini.info.)
Cuma kat sini yan nak highlight tabung Aman Palestin utk anak2 yatim di Palestin. sapa2 yang mampu boleh laa menyumbang kepada:
Aman Palestin Berhad
Account number Maybank: 5622 6301 0787
account number nie yan sempat catat masa ceramah tadi.
Quote:
Di harap kita dapat mengambil iktibar daripada kisah bagaimana ketika nabi Ibrahim sedang dibakar dalam unggun api yang besar oleh Raja Namrud maka datanglah burung yang kecil yang membawa air di dalam mulutnya bertujuan untuk memadamkan api bagi menyelamatkan nabi Ibrahim. Jika kita fikirkan bagaimana air yang sedikit yang dibawa oleh burung yang kecil itu mampu memadamkan api yang besar?
Apa yang penting di sini bukan banyak mana air yg burung tuu bawa tapi dengan setitis air itu tadi lah yang dapat memberi jawapan pada hari pembalas kelak. kerana Allah akan bertanya tentang usaha yang telah kita curahkan untuk Islam bukannya disoal apa hasil atau kejayaan yang telah dicapai. Wallahualam
ummatiy..ummatiy...ya allah tinggikan martabat kami di sisimu walau kami ditindas dan dihina,cukup redhaMU bagi kami
"palestin kan dimiliki lagi....(raihan)".....
Mmg kejam! Tak tahan/sanggup tgk kanak2 yg jadi mangsa....syukur kita tinggal di bumi malaysia yg aman damai ni (erkkk aman ker, banyak gak kes bunuh, rogol.. ) Sama2lah kita berdoa utk keselamatan umat islam sejagat!
Thu 27-Jul-2006 07:45 Posted by:Nim - Mama 4H - [Link]
elly dah tgk dah pic yg menyayat hati tu thru e-mail fr my fren...sedih sgt kan...
sama2 la kita berdoa ek...
sebaknya...Na'uzubillahhiminzalik...jgn la kita dilanda bencana buatan manusia mcm ni....
Fri 28-Jul-2006 02:33 Posted by:Mama Ca mierafaziera@yahoo.com - [Link]
Nauzubillah.... x tahan tgk pix esp kanak2 yg cedera semua tu....sebak sj tgk... bersyukur sgt kita di Malaysia, anak2 dpt main2 kt playground n membesaq dgn aman...
kena boikot brg israel .. fatwa yusuf qardhawi(ramai ulama arab mengiktiraf yusuf qardhawi, sebagai ahli fatwa terbaik setakat ini dalam abad ini) ,click link utk list2...hhuhu dah luper dah rs ayam kentucky n mcD camner